Resipi

Keropok Tajmahal Pappadam

Keropok Tajmahal Pappadam boleh dihidang dengan beberapa cara.
Ia juga boleh menjadikan sebagai menu utama, menu sampingan ataupun pencuci mulut. Gorengkan Keropok Tajmahal Pappadam, boleh menghasilkan 2 kali ganda lebih besar daripada saiz asalnya. Memanggangnya dengan api yang marak akan memberikan rasa yang lebih sedap.

Pappadam adalah sejenis keropok India yang boleh dimakan begitu sahaja, seperti makanan ringan, atau dihidangkan dengan hidangan makanan India seperti khichdi atau kadhi.

Pappadam boleh dimakan dengan pelbagai hidangan seperti bawang cincang, chutney atau yang lain dan perasa. Keropok Pappadam dalam size kecil juga boleh dimakan seperti snek dan yang lebih besar boleh dijadikan balutan dengan makanan lain.

Cara Masakan

Keropok Tajmahal Pappadam boleh disediakan dengan pelbagai cara yang yang mudah dan cepat mengikut kegemaran anda.

keropok tajmahal pappadam : traditional frying

Goreng ( Cara Tradisional )

  • Panaskan minyak di dalam kuali 
  • Masukkan keropok tajmahal pappadam ke dalam kuali.
  • Goreng selama 6 saat
  • Keluarkannya dan hidangkan di atas pinggan.
keropok tajmahal pappadam : Grilling pappadam

Memanggang

  • Letakkan satu atau dua pappadam di atas alat memanggang dengan suhu yang tinggi selama beberapa saat.
  • Terbalikkannya dan ulangi perkara yang sama.

Amaran : Pappadam senang terbakar di atas alat memanggan, dinasihatkan pantau setiap masa.
keropok tajmahal pappadam : Microwave

Microwave

  • Letakkan pappadam di dalam microwave masak selama 10 saat.
  • Gerakkan ia supaya seluruh bahagian pappadam dapat dimasak.
  • Teruskan sehingga ia masak sepenuhnya.
  • Keputusan agak berbeze bergantung kepada microwave berjenama berlainan.